BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 4 September 2013

PROGRAM JALAN RIA 10,000 LANGKAH 

1MURID 1SUKAN 

BULAN KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 

SMK WAKAF TAPAI

 

TARIKH : 4 SEPT 2013 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 THARI

Berjalan kaki adalah sebahagian penting dalam kehidupan. Bagaimanapun, disebabkan pembangunan yang pesat di seluruh Malaysia, senaman berjalan kaki kini hampir menjadi sebahagian daripada sejarah kuno.  Kementerian Kesihatan berhasrat untuk menghidupkan kembali aktiviti ini menerusi kempen 10,000 Langkah Sehari. 10,000 langkah adalah bersamaan dengan berjalan kaki anggaran 6 kilometer sehari dan hanya setelah  anda berjalan melebihi 10,000 langkah, barulah anda dianggap sebagai seorang yang aktif dan sihat dari segi fizikal.

RASIONAL
ü  Jumlah kematian disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit adalah berpunca daripada pengamalan gaya hidup tidak sihat.
ü  Kajian mendapati bahawa golongan yang tidak aktif secara fizikal sewaktu bekerja, sewaktu perjalanan dan sewaktu lapang adalah pada tahap 80%.
ü  Program ini diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan menurunkan risiko yang dikaitkan dengan ketidakaktifan secara fizikal.

OBJEKTIF
ü  Meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan melancarkan peredaran darah
ü  Membina kekuatan dan stamina
ü  Melewatkan proses penuaan.
ü  Membantu mengawal osteoporosis dan pelbagai penyakit kronik yang lain.
ü  Memperbaiki penampilan diri – mengurangkan masalah perut buncit.
ü  Meningkatkan mood dan konsentrasi mental.
ü  Meningkatkan kualiti tidur.
 

 

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011