BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 26 September 2012

KARNIVAL 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 September 2012, Selasa SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah semasa waktu kokurikulum petang. Karnival kali ini melibatkan empat permainan iaitu Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Badminton.
 
Permainan Futsal


                                                 Permainan Bola Tampar

Permainan Bola Keranjang


Permainan Badminton


Permainan Bola Jaring






Read More...

Wednesday 12 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Pada 11 September 2012, Selasa SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan di kalangan pelajar, guru, staf dan para jemputan yang hadir.






Read More...

Thursday 6 September 2012

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)

Badan Dakwah Sekolah (BADAR) telah menganjurkan satu program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) pada 14 Ogos 2012 (Selasa), bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar pada jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang. Pihak sekolah telah menjemput Penceramah dari Rumah Perlindungan Raudhatul Sakinah untuk memberi ceramah tersebut. Sasaran pihak sekolah adalah semua pelajar Islam.

Selain itu juga, pihak sekolah menjemput 10 orang pelajar dari sekolah lain antaranya SMK Seri Payong, SMKA Durian Guling, SMK Pengkalan Berangan, SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai.

Objektif Program ini:

1 Mendidik pelajar menginsafi dan menyayangi diri sendiri.
2 Memberi kesedaran tentang bahaya zina dan pergaulan bebas.
3 Menjana kecemerlangan diri melalui sahsiah terpuji.

Motto:
“SAYANGI DIRI , SAYANGI MASA DEPAN”

Di akhir program, penceramah berharap semoga program ini dapat menjana minda pelajar untuk memahami  erti hidup ini amnya sebagai remaja yang menyayangi diri dan khususnya sebagai seorang hamba Allah swt yang bertaqwa. Sahsiah yang cemerlang disinari Taqwa  akan menjanjikan kejayaan cemerlang dari segi akademik. InsyaAllah.
Read More...

Wednesday 5 September 2012

KEMPEN JALUR GEMILANG DAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


 Pada 30 Ogos 2012, Khamis lalu SMK Wakaf Tapai telah mengadakan "Kempen Jalur Gemilang Dan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan" bertempat di Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai. Majlis berlangsung pada jam 7.30 pagi (perhimpunan khas).

Objektif :
1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
4. Mewujudkan kerjasama warga sekolah melalui aktiviti bersama.
5. Memberi peluang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa aktiviti dijalankan.


Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011