BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday 29 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Tinggal beberapa hari lagi tahun 2011akan meninggalkan kita, dan tahun 2012 makin terasa. Tak terasa waktu berjalan dengan cepat. Pada tahun 2012, pastilah kita ingin tahun 2012 akan lebih baik dari dari tahun-tahun yang sebelumnya. Kita perlu mengintropeksi diri kita pada tahun yang telah kita lalui, dan di sempurnakan pada tahun berikutnya.


Antara ucapan yang biasa di ucapkan ialah:

Masa Lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah hadiah.
Dan Masa Depan adalah harapan.
Mari kita songsong Tahun Baru 2012.
Dengan penuh harap dan kebahagiaan.

Hanya hati yang terbuka yang mampu menerima Cinta
Hanya jiwa yang terbuka yang mampu menerima kebijaksanaan
Hanya tangan yang terbuka yang mampu menerima hadiah.
Namun, hanya sahabat terdekat yang menerima SMS ucapan Selamat Tahun Baru 2012 ku.

Jam 11…
waktu begitu cepat berlalu…
selamat tinggal 2011….
Selamat datang 2012…
happy new year…semoga sukses selalu…

Senja indah, kirimkan ciprat keemasan,
kirimkan pertanda keagungan, kekusaan, serta kemegahan.
Meski itu hanya sekejap,
hingga sirna ditepis malam,
pertanda esok akan tiba.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga sukses selalu.

AwaL dr Pgi adlh MentaRi,,
Awal dr kBahagiaaN adlh Sbuah Snyuman…
N awaL dr Hidup adlh Hati yg b’seri…
Awali thun 2012 dgn DoA dan SENYUMAN
Happy New Year 2012

 Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pengunjung blog yang disayangi. Semoga impian yang belum tercapai atau terlaksana di tahun 2011 dapat dicapai pada tahun baru ini.

Read More...

Wednesday 16 November 2011

Jamuan Akhir Tahun 2011 Guru dan Staff SMK Wakaf Tapai

Pada 9 November 2011 (Rabu) lepas, kelab guru sekolah telah mengadakan satu Majlis Jamuan Akhir Tahun 2011 untuk menghargai khidmat bakti para guru dan staff sokongan sepanjang tahun 2011. Majlis tersebut telah diadakan di Permai Inn, Kuala Terengganu, jam 2.00 - 5.00 petang. Turut dirai pada hari tersebut ialah Cikgu Nasir Ali (telah bertukar ke SMK Seri Payong) dan Puan Zirawati Bt Mat Nor (telah bertukar ke SMK Bukit Sawa). Pada majlis tersebut semua guru dan staf telah menerima cenderahati daripada kelab KEKWA sekolah dan turut diadakan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi majlis.
















Read More...

Majlis Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2012 SMKWT

Tarikh                 : 16 November 2011 (Rabu)
Masa                   : 9.00 - 12.00 Tengah Hari
Tempat                : Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai
Perasmian Oleh  : Tuan Haji Latip Bin Salleh (YDP PIBG SMKWT)





















Read More...

Tuesday 1 November 2011

KEM BM HALUS SPM (SIRI 2)


Kem HALUS (Harapan Lulus)  diadakan kepada pelajar sederhana dan lemahyang diharapkan dapat digilap untuk lulus dalam peperiksaan SPM . Kem Pelajar HALUS memberi  penekanan kepada matapelajaran Bahasa Melayu yangmenjadi syarat mendapat sijil SPM dan juga mata pelajaran Sejarah yang bolehmembantu kecemerlangan pelajar HALUS. Pelajar–pelajar ini perlu dibantusupaya  dapat menyambung pelajaran di pusat-pusatpengajian, kolej, pusat kemahiran atau Intitusi Pengajian yang bersesuaian.  Program ini juga diharapkan dapatmeningkatkan peratus lulus SPM pada tahun ini.

Kem ini telah diadakan pada:

Tarikh       :  29 OKT 2011 (Sabtu) 
Tempat      : Dewan SMK Wakaf Tapai.
Masa         : 8.30 pagi - 12.30 tengahari










Read More...

Thursday 27 October 2011

CERAMAH DISIPLIN

Pada hari Selasa lepas, 25 Oktober 2011, satu ceramah disiplin telah diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Smkwt. Ceramah tersebut bertajuk " Remaja dan Cabaran Masa Kini " yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Balai Polis Wakaf Tapai iaitu Inspektor Ershah Izzani bin Mohd Isa (Pegawai Perhubungan Sekoloh). Sasaran ceramah ini ialah kepada semua pelajar SMK Wakaf Tapai dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran tentang undang-undang salahlaku dan akta-akta yang berkaitan dengan remaja.






PK Ko-Kurikulum, Cikgu Rahim memberi sedikit ucapan kepada para pelajar sebelum ceramah bermula.




Di akhir majlis, PK Ko-Kurikulum menyampaikan cenderahati kepada Insp. Ershah Izzani Bin Mohd Isa.

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011