BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sunday 19 January 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 
SMK WAKAF TAPAI
KALI KE 10 
2014

Tarikh: 16 Januari 2014 (Khamis)
Masa: 8.00 pg- 1.30 ptg

Kejohanan tetap tahunan ini terus diadakan buat kali ke 10 semenjak sekolah dibuka pada tahun 2005. Pelaksanaanya dijangka dapat memberikan pendedahan di samping peluang yang luas kepada semua murid selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif:
1. Memberi peluang terbuka kepada semua murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah
2. Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal murid
3. Memupuk semangat perpaduan antara kaum dan antara murid dan guru
4. Menyaring kumpulan elit sekolah untuk ke kejohanan di peringkat daerah

 Cikgu Mat Jusoh memberi taklimat sebelum merentas desa dimulakan.
Para pelajar sedang melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Cg Razali Wahab sebelum acara dimulakan.


 Pengetua bersama YDP PIBG (En Zulkurnain bin Hassan)














Read More...

Monday 13 January 2014

MAJLIS PERSARAAN GURU PK PENTADBIRAN & GURU BAHASA INGGERIS

Kami warga SMK Wakaf Tapai mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Guru Bahasa Inggeris yang amat kami sayangi. Berat rasanya untuk melepaskan cikgu bersara tapi apakan daya. Cikgu adalah guru yang terbaik dan terhebat buat kami. Kenangan bersama cikgu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Jasamu tetap dikenang.

Cikgu Abdul Razak bin Hassan:

a)Tarikh Lahir: 22 Februari 1956
b)Tempat Lahir: Kg. Pasir Besar Gemas, Negeri Sembilan
c)Adik Beradik: Anak ke-2 daripada 6 orang (4 Lelaki & 2 Perempuan) 
d)Sek. Ren: SK Pasir Besar
e)Sek. Men: SM Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan
f)Pendidikan Tertinggi:
i) Maktab Perguruan Bahasa (Kuala Lumpur)
ii) Universiti Malaya
g)Tarikh Perkahwinan: 11 April 1984
h)Sekolah-sekolah yang telah berkhidmat:
i) SMK Pasir Besar, Negeri Sembilan (1978-1981)
ii) SMK Bukit Sawa (1988-2005)
iii) SMK Tun Telanai (2006-2007)
iv) SMK Pengkalan Berangan ( 2008-2009)
v) SMK Wakaf Tapai ( 2010-2013) 


Cikgu Abd Razak bin Kassim:
a)Tarikh Lahir: 16 Jun 1961
b)Tempat Lahir: Kg. Sg. Belukang, Bagan Datoh, Perak
c)Adik Beradik: Anak sulung daripada 13 orang adik beradik (7 Lelaki & 6 Perempuan) 
d)Sek. Ren: SK Selekoh, Bagan Datoh, Perak
e)Sek. Men: SM Micheal Institution Ipoh
f)Pendidikan Tertinggi:
i) Tamat Sijil Perguruan Sultan Abd Halim
ii) Maktab Perguruan Sultan Abd Halim, Sg Petani
iii) Ijazah Pendidikan UPM 2000
g)Tarikh Perkahwinan: 19 Mei 1991
h)Sekolah-sekolah yang telah berkhidmat:
i) SK Felda Rasau Kerteh II,Kemaman (1984-1995)
ii) SK Jerong (1995-2001)
iii) SMK Bukit Sawa (2002-2010)
iv) SMK Wakaf Tapai ( 2010-2013)










Read More...

Sunday 12 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H / 2014

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam walau dimana anda berada. Semuga kita semua dapat menghayati perjuangan serta menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.....InsyaAllah.
  

Sama-samalah kita terus mengamalkan sunnah baginda dan terus menyayangi Rasulullah S.A.W.

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011