BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

MENU UTAMA




 SMK WAKAF TAPAI
* Ditubuhkan pada 02 Januari 2005
* Keluasan kawasan lebih kurang 20 ekar
* 16 ekar telah dibangunkan. Manakala 4 ekar lagi untuk pembinaan asrama dan kuaters guru.
* Terdiri daripada 10 blok bangunan seperti kelas, bengkel, makmal, bilik muzik, kantin, dewan serbaguna dan surau.
* Bilangan guru 30 orang dan staf sokongan 8 orang.
* Bilangan kelas 15 ( 7 buah kelas Ting 1, 4 buah kelas Ting 2 dan 4 buah kelas Ting 4)
* Pelajar awal dari SK Chung Hwa, Sk Wakaf Tapai, SK Jerong & SK Simpang Rawai
* Bilangan pelajar perintis seramai 430 orang.

SEKAPUR SIREH PENGETUA 

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera,  Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Perpaduan

Alhamdulillah dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izinNya kita dapat lagi meneruskan tugas yang telah diamanahkan kepada kita selaku golongan yang dimuliakan oleh Allah Taala sebagai golongan mursyid.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan kesempatan untuk saya merakamkan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan Sekolah 2015 ini. Buku ini diterbitkan sebagai rujukan untuk semua kaki tangan guru dan bukan guru melaksanakan tugas yang diamanhkan dengan cekap disamping melicinkan pentadbiran serta meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sekolah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terimakasih dan syabas kepada semua kakitangan SMK. Wakaf Tapai atas apa jua sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2014. Saya ingin mengajak warga SMK Wakaf Tapai untuk muhasabah diri dan menganalisis data bagi setiap pencapaian kita sepanjang tahun lepas supaya dapat dijadikan kekuatan untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang pada tahu 2015. .Kita perlu mengambil pengikhtibaran dan pengajaran dari setiap peristiwa dan pengalaman lalu . Apa yang baik dan terbukti berjaya, perlulah kita teruskan dan memberi nilai tambah, manakala segala kelemahan yang ada perlu dibaiki berdasarkan kajian keperluan. Sementera apa yang terbukti kurang memberi impak berdasarkan nilai ringit, perlu ditamatkan dan diambil teladan daripadanya untuk menggariskan intervensi yang baharu.

Sistem Pendidikan Negara sedang malalui fasa baharu dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Pelan ini merupakan satu program transformasi dalam sistem pendidikan secara menyeluruh. Justeru itu kita sebagai golongan pelaksana, mestilah menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab untuk merealisasikan empat inisiatif PPPM demi mencapai hasrat lima aspirasi system  dan enam aspirasi murid melalui transformasi pendidikan supaya anak didik kita akan lebih bersedia untuk berdepan dengan perubahan serta cabaran abad ke 21. Dengan ini saya menginagtkan diri saya dan semua kakitangan SMK. Wakaf Tapai supaya dapat memberi sepenuh kerjasama, komitmen yang tinggi dan sokongan yang padu bagi merealisasikan hasrat yang terkandung dalam PPPM ini dapat dicapai dengan jayanya.

Saya amat yakin dan percaya bahawa kita akan bersama-sama menyahut cabaran untuk mendidik modal insan yang diamanahkan kepada kita dengan penuh hikmah secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsan(FPK) serta membudayakan sekolah penyayang untuk melahirkan modal insan yang syumul. Akhir kata, marilah semua kakitangan SMK. Wakaf Tapai bersama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah kita dalam semua bidang pada tahun ini.

“SIRE – Pelaksanaan Mantap, Tindakan Pantas”
“EURO – Kecemerlangan: Capaian Muktamad Sesebuah Organisasi”

Sekian , terima kasih.


( MAT ZULDDIN BIN JUSOH )
Pengetua,
SMK. Wakaf tapai.
               
Read More...

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011