BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Monday 30 September 2013

 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013


Assalamualaikum,



Kepada adik-adik yang menjadi calon PMR 2013, pastikan adik-adik merujuk Jadual Peperiksaan PMR 2013 dengan tepat. Patuhi juga amaran yang telah ditetapkan serta janganlah lupa untuk membawa Kad Pengenalan bersama. Itu 'lesen besar' untuk masuk ke Dewan Peperiksaan.


Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini sama-samalah kita berkongsi amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. Read More...
PERUTUSAN PMR 2013 YAB MENTERI BESAR TERENGGANU



Read More...

Thursday 26 September 2013

Kenyataan Akhbar: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013






 

Read More...

Tuesday 24 September 2013

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU PMR/SPM 
TAHUN 2013

TARIKH : 17—19 SEPT 2013
HARI : SELASA, RABU & KHAMIS
TEMPAT : ANGGULIA BEACH RESORT, MARANG, TERENGGANU


Unit Kurikulum SMK Wakaf Tapai telah merancang satu program khusus untuk calon PMR serta SPM tahun 2013 dalam mempertingkatkan kualiti mutu peperiksaan awam yang bakal diduduki oleh calon sekolah ini. Pihak Unit Kurikulum SMKWT serta PIBG dan dibantu oleh UBK bersama-sama mengembeling tenaga dan idea dalam pelaksanaan program ini.

 RASIONAL

1. Memperbaiki mutu kualiti serta kuantiti kelulusan peperiksaan PMR/SPM tahun 2013

2. Satu program yang kolektif dari Unit Kurikulum demi membangunkan Panitia Mata Pelajaran masing-masing dalam menjuruskan kepada pendedahan teknik menjawab semua matapelajaran yang terlibat di dalam peperiksaan.



 OBJEKTIF

1. Pelajar dapat dipersiapkan dari segi mental, fizikal serta emosi dalam menduduki peperiksaan PMR serta SPM untuk tahun 2013.

2. Pelajar dapat mengetahui teknik  serta pendekatan efektif dalam menjawab soalan peperiksaan bagi semua matapelajaran peperiksaan PMR serta SPM 2013

3. Pelajar didedahkan dengan motivasi awal bagi perkukuhkan persediaan minda (mind-setting)  dalam mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR & SPM 2013.








Read More...
PROGRAM KEM 1MURID 1SUKAN

RASIONAL

ü  Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan.

ü  Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).
 
OBJEKTIF:
ü  Meningkatkan keberkesanan pengurusan Kelab Sukan dengan melaksanakan aktiviti sukan yang berunsur keseronokan.
ü  Menerapkan nilai murni melalui aktiviti bersukan
ü  Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam sukan
ü  Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan bersukan.


KUMPULAN SASARAN : 40 orang murid Tingkatan 2 (semua kelab sukan yang                              
terdapat di sekolah)

TARIKH: 10-11 September 2013 (Selasa – Rabu) 
                  2.30 petang – 5.30 petang.

TEMPAT : SMK Wakaf  Tapai










 

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011