BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday 14 March 2013

LATIHAN MENEMBAK KADET POLIS DAERAH MARANG

TARIKH: 11.3.2013 (ISNIN)
TEMPAT: PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH TIMUR, KG KEMAT, HULU TERENGGANU
BIL PESERTA: 15 LELAKI, 12 PEREMPUAN














Read More...
MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN MENTOR MENTEE SMK WAKAF TAPAI

Program ini dijalankan  untuk membimbing pelajar-pelajar  dalam mencari jalan keluar dari permasalahan kognitif, psikososial, personaliti , psikologi dan bilazim di samping mewujudkan perhubungan mesra yang dipercayai, disenangi oleh mentee  serta memupuk  budi perkerti dan akhlak yang lebih baik supaya mentee dapat menghadapi alam persekolahan dan kehidupan yang lebih teratur dalam arus perubahan teknologi maklumat  komunikasi.      
      Mentor  terdiri daripada semua guru termasuk pengetua .Perjumpaan  terancang mentor mentee diadakan sekurang-kurang sekali sebulan  dan mentor boleh mengadakan perjumpaan mengikut kesesuaian matlamat mentor. Setiap perjumpaan mengambil masa lebih kurang 20 - 40 minit dan disertakan laporan untuk difailkan Setiap masalah yang dibincangkan akan  diselesaikan bersama mentor dengan mentee, diharapkan  perubahan  positif  dalam minat, sikap ,disiplin, sahsiah  dan akademik  mentee akan berlaku.








Read More...

Wednesday 13 March 2013

 MAKLUMAN: PEKA BAHASA BIL 1, 2 DAN 3 

Assalamualaikum Wml. Wbth dan Salam Sejahtera.

Marilah kita menggunakan bahasa Kebangsaan dengan betul. 

 Bil 1

YANG SALAH
YANG BETUL
1.
Jawatan kuasa
Jawatankuasa
2.
Urusetia
Urus setia
3.
Aturcara
Atur cara
4.
Kata-kata Aluan
Kata Alu-aluan
5.
Sehubungan itu
Sehubungan dengan itu


 Bil 2: 

15 perkataan yang perlu dirapatkan ejaannya.
1.
setiausaha
9.
jawatankuasa
2.
pesuruhjaya
10.
antarabangsa
3.
warganegara
11.
bumiputera
4.
kakitangan
12.
kerjasama
5.
tandatangan
13.
matahari
6.
beritahu
14.
suruhanjaya
7.
olahraga
15.
sukarela
8.
tanggungjawab
 

Bil 3:


PERKATAAN ‘justeru’

§   
‘justeru’ bermaksud malahan.
§   
‘justeru’ tidak bermaksud ‘oleh itu’ tetapi merupakan kata hubung. Maka ‘justeru’ tidak boleh berada di pangkal ayat.
§   
Contoh ayat: “Sekali-kali tidak pernah saya memandang rendah terhadapnya, justeru saya memuji kecekapannya.”






Read More...
SATU NOMBOR UNTUK SEMUA KEMENTERIAN




1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03 8000 8000. Untuk maklumat lanjut sila layari www.malaysia.gov.my. Read More...

Sunday 10 March 2013

TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/SUMATIF 2013

Ujian & Cuti Penggal
Akhir Ujian
Akhir Key-in
Ujian Pengesanan TOV UPSR/PMR/SPM
30.1.2013
15.2.2013
Cuti Pertengahan Penggal I
22 - 30 Mac 2013
Sumatif 1 (UAT UPSR/PMR/SPM)
14.3.2013
21.3.2013
Sumatif 2 (PPT UPSR)
15.5.2013
12.6.2013
Cuti Pertengahan Tahun
24 Mei - 8 Jun 2013
Sumatif 2 (PPT PMR/SPM)
23.5.2013
20.6.2013
Sumatif 3 (Trial UPSR)
25.7.2013
5.8.2013
Cuti Pertengahan Penggal II
6 - 17 Ogos 2013
Sumatif 3 (Trial PMR)
5.8.2013
30.8.2013
Sumatif 3 (Trial SPM)
12.9.2013
4.10.2013
Peperiksaan Akhir Tahun
8.11.2013
14.11.2013
Cuti Akhir Tahun
15 Nov - 31 Dis 2013
* Tertakluk kepada pindaan


Read More...

Wednesday 6 March 2013

Majlis Penyerahan Guru ETA

Pada 31 Januari 2013 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan 'English Teaching Assistant' bagi Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Seramai 17 daripada 50 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fullbright dari Amerika Syarikat (AS) yang dihantar ke negara ini akan ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ia adalah tahun ketujuh negeri Terengganu mendapatkan khidmat ETA sebagai salah satu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Menurutnya, bagi program kali ini, pihaknya akan menumpukan penempatan di sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah premier dan sekolah elit.


"Program ETA sebenarnya bukan asing bagi kita kerana ia dilaksanakan di sini sejak tahun 2006 lagi.

"Bezanya tahun ini ialah, ia tidak lagi diletakkan di bawah seliaan kerajaan negeri sebaliknya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

ETA adalah program jalinan yang diwujudkan bagi mempromosikan pertukaran pendidikan antara Malaysia dan AS.

Kumpulan 50 guru ETA itu tiba di negara ini pada 4 Januari lalu dan sebahagiannya akan turut ditempatkan di Johor dan Pahang selama 10 bulan mulai 31 Januari.
Menurut Ahmad Razif, berdasarkan pengalaman Terengganu, 100 peratus format dan modul yang pernah digunakan akan terus dikekalkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk menambah bilangan tenaga pengajar menerusi program ETA, tahun ini.

"Kita ada mohon daripada Fullbright untuk tujuan itu tetapi mereka hanya sediakan 50 ETA untuk Malaysia kali ini.

"Justeru, kita kini sedang mengenal pasti negara-negara lain termasuk United Kingdom untuk menambah bilangan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di sini," katanya. - BERNAMA


Guru ETA bagi SMK Wakaf Tapai, Miss Kerri Buschbacher bersama Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf
Miss Kerri bersama mentor Pn. Eimei Zaizah bt Mat Jusoh
Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011