BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday 14 March 2013

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN MENTOR MENTEE SMK WAKAF TAPAI

Program ini dijalankan  untuk membimbing pelajar-pelajar  dalam mencari jalan keluar dari permasalahan kognitif, psikososial, personaliti , psikologi dan bilazim di samping mewujudkan perhubungan mesra yang dipercayai, disenangi oleh mentee  serta memupuk  budi perkerti dan akhlak yang lebih baik supaya mentee dapat menghadapi alam persekolahan dan kehidupan yang lebih teratur dalam arus perubahan teknologi maklumat  komunikasi.      
      Mentor  terdiri daripada semua guru termasuk pengetua .Perjumpaan  terancang mentor mentee diadakan sekurang-kurang sekali sebulan  dan mentor boleh mengadakan perjumpaan mengikut kesesuaian matlamat mentor. Setiap perjumpaan mengambil masa lebih kurang 20 - 40 minit dan disertakan laporan untuk difailkan Setiap masalah yang dibincangkan akan  diselesaikan bersama mentor dengan mentee, diharapkan  perubahan  positif  dalam minat, sikap ,disiplin, sahsiah  dan akademik  mentee akan berlaku.








No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011