BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 24 October 2012

SALAM AIDILADHA 1433 HIJRAH


  Salam Aidil Adha dari warga SMKWT .

"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak"...

"Hambamu datang menyahut panggilanmu. Tidak ada sekutu bagimu. Hambamu datang menyahut panggilanmu....Sesungguhnya segala pujian dan nikmat...Dan pemerintahan adalah kepunyaamu...Tidak ada sekutu bagimu.

26hb Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah, kita menyambut Hari Raya Korban atau Aidil Adha. Di kesempatan ini kami ingin memohon ampon dan maaf, pada mereka yang mengerjakan haji, moga anda mendapat haji mabrur, aminn. Pada yang pulang ke kampung atau kemana2 sahaja, berhati2 di jalan raya...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Read More...

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini.


  Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

 Sabda Rasullullah S.A.W lagi:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Read More...

Sunday 21 October 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & STAF SMK WAKAF TAPAI 2012



18 Oktober 2011, Khamis : Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SMK Wakaf Tapai telah diadakan di Hotel Primula Beach Resort, Khamis jam 2.00 - 5.00 petang. Jamuan pada kali ini sungguh istimewa kerana turut dihadiri oleh pihak yang dirai iaitu Pn. Jahsilawati Mad Ali, Guru Kaunselor  yang bertukar ke sekolah SMK Pengkalan Berangan, Pn. Rozanahaida Suhaini Bt Muda, Guru Penolong yang bertukar ke SMK Seberang Marang dan Pn Siti Yuliza bt Md Ali, Pembantu Makmal yang bertukar ke SMK Tun Telanai.

Cik Sh. Ernie Zulastinie bt Syed Md. Nor menjaga bahagian pendaftaran dan sekaligus menyambut kedatangan semua guru dan para tetamu yang dirai.
 Majlis dipengerusikan oleh Pn. Azizah bt Ismail. 


1. Majlis dimulakan dengan ucapan  Pengerusi KEKWA 2012, Tn. Syed Safwan Faisal bin Syed Md Nor.

2. Pn. Siti Yuliza bt Mad Ali wakil pihak yang dirai menyampaikan sepatah dua kata.

3. Ucapan daripada Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf.

4. Ustaz Aseri bin Embong mengetuai bacaan doa sebelum makan. 


Guru-guru dan staf SMK Wakaf Tapai







Semasa acara makan bermula









 
Cenderamata kepada Pn. Jahsilawati bt Md Ali, Pn. Rozanahaida Suhaini bt Muda dan Pn. Siti Yuliza bt Md Ali .

Penyampaian cenderamata daripada KEKWA kepada guru-guru dan staf-staf SMKWT.




Read More...

Wednesday 10 October 2012

SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012

Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Solat Hajat Perdana PMR & SPM pada 4 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Surau SMK Wakaf Tapai. Majlis ini diadakan sempena musim peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November tahun ini.

Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis, En. Mohamed Roki bin Abdullah sebelum solat maghrib dengan bacaan doa. Pada jam 7.05 malam para pelajar dan para hadirin menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab bin Ahmad,Imam Masjid Kg Rawai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat maghrib. Program disambung dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi hadir.
Syabas kami ucapkan kepada pihak sekolah  yang telah berjaya menguruskan perjalanan majlis ini dengan sungguh baik sekali. Besarlah harapan kami, agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Read More...

MAJLIS HARI GRADUASI TAHUN 2012

Buat julung kalinya SMK Wakaf Tapai mengadakan Majlis Sambutan Hari Graduasi SPM tahun 2012. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, khususnya kepada mereka yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Selain itu, ia turut diadakan bagi memberi motivasi kepada para pelajar yang cemerlang untuk terus bersemangat dan berusaha mengejar kecemerlangan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan pada:

Tarikh: 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT

Perarakan masuk penerima anugerah graduasi SPM 2012 ke dalam Dewan
Perarakan masuk guru-guru SMK Wakaf Tapai ke dalam Dewan
Dari kiri Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai (Encik Mohd Nasir bin Mohd Yusuf), Wakil PPD Marang (Encik Rosdi bin Hashim), Penolong Kanan Pentadbiran (Encik Abdul Razak bin Hassan)


Barisan penerima graduasi SPM dan para hadirin yang hadir
Penerima anugerah mata pelajaran terbaik
1) Tan Jin Chien - Penerima anugerah terbaik Bahasa Inggeris, Kimia, Biologi, Bahasa Cina dan Pendidikan Moral
2) Noraini bt Budin - Penerima anugerah terbaik Bahasa Malaysia dan Sejarah
3) Lee Sheng Chuan - Penerima anugerah terbaik Matematik dan Matematik Tambahan
4) Tan Kok Hwa - Penerima anugerah terbaik Prinsip Akaun dan Fizik
5) Mohamad Firdaus bin Ramli -Penerima anugerah terbaik Perdagangan dan MPV
6) Mohamad Nazrol Hisyam bin Abdullah - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Seni Visual
7) Nur Asyikin bt Saat - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Agama Islam
8) Nan Afiza bt Megat Baba - Penerima anugerah terbaik Sains dan Ekonomi Asas

Mohamad Hasbul Faizal bin Yahya (Penerima anugerah Ko-kurikulum Lelaki)


Nur Ain bt Mohd (Penerima anugerah Ko-kurikulum Perempuan)
Nurul Shadhira bt Mohamad Zukiram (Penerima Anugerah Khas Pengetua)
Perarakan keluar Tuan Pengetua dan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Marang


Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011