BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 10 October 2012

MAJLIS HARI GRADUASI TAHUN 2012

Buat julung kalinya SMK Wakaf Tapai mengadakan Majlis Sambutan Hari Graduasi SPM tahun 2012. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, khususnya kepada mereka yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Selain itu, ia turut diadakan bagi memberi motivasi kepada para pelajar yang cemerlang untuk terus bersemangat dan berusaha mengejar kecemerlangan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan pada:

Tarikh: 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT

Perarakan masuk penerima anugerah graduasi SPM 2012 ke dalam Dewan
Perarakan masuk guru-guru SMK Wakaf Tapai ke dalam Dewan
Dari kiri Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai (Encik Mohd Nasir bin Mohd Yusuf), Wakil PPD Marang (Encik Rosdi bin Hashim), Penolong Kanan Pentadbiran (Encik Abdul Razak bin Hassan)


Barisan penerima graduasi SPM dan para hadirin yang hadir
Penerima anugerah mata pelajaran terbaik
1) Tan Jin Chien - Penerima anugerah terbaik Bahasa Inggeris, Kimia, Biologi, Bahasa Cina dan Pendidikan Moral
2) Noraini bt Budin - Penerima anugerah terbaik Bahasa Malaysia dan Sejarah
3) Lee Sheng Chuan - Penerima anugerah terbaik Matematik dan Matematik Tambahan
4) Tan Kok Hwa - Penerima anugerah terbaik Prinsip Akaun dan Fizik
5) Mohamad Firdaus bin Ramli -Penerima anugerah terbaik Perdagangan dan MPV
6) Mohamad Nazrol Hisyam bin Abdullah - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Seni Visual
7) Nur Asyikin bt Saat - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Agama Islam
8) Nan Afiza bt Megat Baba - Penerima anugerah terbaik Sains dan Ekonomi Asas

Mohamad Hasbul Faizal bin Yahya (Penerima anugerah Ko-kurikulum Lelaki)


Nur Ain bt Mohd (Penerima anugerah Ko-kurikulum Perempuan)
Nurul Shadhira bt Mohamad Zukiram (Penerima Anugerah Khas Pengetua)
Perarakan keluar Tuan Pengetua dan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Marang


No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011