BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday 6 September 2012

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)

Badan Dakwah Sekolah (BADAR) telah menganjurkan satu program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) pada 14 Ogos 2012 (Selasa), bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar pada jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang. Pihak sekolah telah menjemput Penceramah dari Rumah Perlindungan Raudhatul Sakinah untuk memberi ceramah tersebut. Sasaran pihak sekolah adalah semua pelajar Islam.

Selain itu juga, pihak sekolah menjemput 10 orang pelajar dari sekolah lain antaranya SMK Seri Payong, SMKA Durian Guling, SMK Pengkalan Berangan, SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai.

Objektif Program ini:

1 Mendidik pelajar menginsafi dan menyayangi diri sendiri.
2 Memberi kesedaran tentang bahaya zina dan pergaulan bebas.
3 Menjana kecemerlangan diri melalui sahsiah terpuji.

Motto:
“SAYANGI DIRI , SAYANGI MASA DEPAN”

Di akhir program, penceramah berharap semoga program ini dapat menjana minda pelajar untuk memahami  erti hidup ini amnya sebagai remaja yang menyayangi diri dan khususnya sebagai seorang hamba Allah swt yang bertaqwa. Sahsiah yang cemerlang disinari Taqwa  akan menjanjikan kejayaan cemerlang dari segi akademik. InsyaAllah.

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011