BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Monday 15 July 2013

MAKLUMAN KELAS CAKNAAN

Semua Ibu bapa/penjaga,
Pelajar Ting. 3 & 5 ,
SMK. Wakaf Tapai, 
21040 Marang, Terengganu.

Tuan
 
‘ KELAS CAKNAAN’

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Dimaklumkan bahawa pihak sekolah mengadakan program kelas tambahan bagi meningkatkan pencapaian akademik untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.

3                    Kelas tambahan harian tersebut ialah pada ( Ahad , Isnin , Rabu – 2.30 hingga 4.30 ptg ) dan mingguan ( Jumaat dan Sabtu – 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ) diharap dihadiri sepenuhnya demi kejayaan bersama.

4.                   Bagi pelajar yang gagal hadir ke kelas tambahan hendaklah mengemukakan surat yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.

5.                   Namun begitu, jika terdapat pelajar yang gagal menghadirkan diri ke Kelas Tambahan tanpa surat daripada ibu bapa pelajar tersebut dikehendaki mengikuti ‘Kelas Caknaan’.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ Guru Penyayang Murid Berkualiti ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( MOHD NASIR BIN MOHD YUSUF )
Pengetua.

s.k           1.PPD Marang
2. YDP PIBG SMK. Wakaf Tapai

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011