BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tuesday 15 January 2013

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN TAHUN 2013

Pada 8 Januari 2013, Selasa baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Rumah Sukan tahun 2013 semasa hari kokurikulum sekolah. Mesyuarat bermula pada pukul 2.30 petang dan diasingkan tempat mengikut rumah masing-masing. Rumah Merah diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Rumah biru di Dewan Terbuka, Rumah Kuning di Kantin dan Rumah Hijau di Bilik Muzik. Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun ini bertujuan melantik AJK pelajar dalam setiap rumah sukan. Jawatan-jawatan yang perlu diisi adalah seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Diharapkan pelajar SMK Wakaf Tapai akan bersedia dan bersemangat untuk memulakan latihan dan berusaha untuk menjadikan rumah sukan yang diwakili sebagai johan pada tahun ini.





























No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011