BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 2 May 2012

Minggu Sains dan Matematik


Bidang Sains dan Matematik telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah pada 17 April 2012- 24 April 2012 baru-baru ini.  Perasmian disempurnakan oleh Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusuf, Pengetua SMKWT pada waktu perhimpunan sekolah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada minggu tersebut yang melibatkan pelajar menengah atas dan menengah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perasmian Taman Sumber Sains, Sudut Minuman Herba dan Radio Sekolah, Kursus Penyediaan Roket, Pertandingan Penyediaan Roket, Eksperimen Handset Oh Handset, Eksperimen Coca Cola vs Mountain Dew, Program Kitar Semula, Pertunjukan Sains (Belon oh belon, Pertandingan Parachut, Pembentangan Model Pepejal 3D, Pembedahan Katak, Pertandingan Mengupas Bawang), Eksperimen Konsep Tekanan, Lawatan Bermaklumat ke UMT dan Planetarium dan Deklamasi Puisi Sains.

Objektif program ini ialah:


1   Memberi pendedahan tentang teknologi pelancaran roket.
2   Membina kemahiran rekacipta berdasarkan prinsip Sains.
3   Memupuk minat yang mendalam  terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
4   Membentuk pelajar yang mempunyai daya usaha dan inovasi tinggi.
 
Tahniah kepada Jawatankuasa Minggu Sains dan Matematik kerana berjaya menganjurkan program
berkualiti dan berkesan kepada para pelajar.  Teruskan uasaha murni ini pada tahun hadapan. 





 















No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011