BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Monday 1 August 2011

Fadilat Sembahyang Terawih


Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimanaia baru dilahirkan, mendapat keampunandari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawihserta kedua ibubapanya (sekiranya merekaorang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskansembahyang terawih terus menerussemoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yangmembaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang diMasjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikatyang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiapbatu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orangyang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa sertamenolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawihsepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanyaseperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosaseperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripadatiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawatdan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripadaneraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malamini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telahredha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam SyurgaFirdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang matisyahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiapdukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar didalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orangberterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malamini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam iniketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orangberterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “HaihambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila,serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.yang bernama Al-Kauthar.”

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011