BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday, 15 August 2013

CERAMAH KAEDAH PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

Tarikh: 
22/7/2013

Tempat : 
Dewan Saidina Abu Bakar, SMK Wakaf Tapai

Penceramah : 
Dr. Amin bin Yusof
-Penceramah Bebas-
(Bekas Pensyarah UM)
Tajaan Petronas


Dr. Amin bin Yusof menyampaikan ceramah beliau







Read More...
PROGRAM PONTENG SIFAR

Program  penghargaan kelas Kehadiran Terbaik ke sekolah (Feb – Jun) merupakan program yang disusun khas dalam usaha pihak sekolah menggalakkan para pelajar hadir ke sekolah sepenuhnya. Program ini merupakan satu daripada projek Ponteng Sifar Unit HEM pada tahun ini.
            Kelas kehadiran terbaik mula diambil kira daripada bulan Februari sempena pelancaran bulan ‘Guru Penyayang’ atau pengisiannya program ini ialah pemberian sijil kehadiran penuh, sijil kelas kehadiran terbaik dan jamuan bersama pengetua.

Objektif
1.  Menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
2.  Memberi pengiktirafan kelas, pelajar oleh guru dalam usaha menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
3. Menanam rasa tanggungjawab untuk menggalakkan rakan hadir ke sekolah

Matlamat
Di akhir program ini nanti, amat diharap agar semua kelas berusaha untuk meningkatkan kehadiran terbaik bagi kelas mereka dan menjadi contoh kepada kelas-kelas lain untuk terus hadir ke sekolah sepenunhnya.

Sasaran
Semua pelajar SMK Wakaf Tapai

Metodologi
Penyampaian sijil kepada guru dan ketua kelas di perhimpunan rasmi.
Guru dan pelajar kelas kehadiran terbaik akan diberi penghargaan, jamuan sarapan pagi bersama pengetua dan pengurusan sekolah.

Pelaksanaan
2 tahun sekali
Sesi I : Februari – Jun
Sesi II : Julai – Oktober

Penganjur
Badan disiplin & Unit UBK di bawah Unit HEM SMK Wakaf Tapai




Salah seorang pelajar lelaki yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Salah seorang pelajar perempuan yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Kelas 2A menjadi kelas terbaik bagi kehadiran penuh bulan Jan-Mei 2013

Read More...

Monday, 5 August 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H / 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri 2013 kepada semua warga SMK Wakaf Tapai dan siapa sahaja yang melayari laman web ini.Dan selamat bercuti juga kepada semua guru dan pelajar SMK Wakaf Tapai.




Read More...

Thursday, 1 August 2013

PEMANTAUAN KHAS BUKU TEKS SPBT BAHAGIAN BUKU TEKS (BBT) TAHUN 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah menerima kunjungan daripada En. Kamarudin Ismail  dan En. Safri bin Bahari dari Bahagian Buku teks Kementerian Putrajaya bagi memantau pengurusan Bilik SPBT sekolah.

Semoga segala maklumbalas yang diberikan oleh mereka dapat menambahbaikkan lagi Bilik Operasi Buku Teks SMK Wakaf Tapai. Berikut ialah beberapa gambar yang diambil semasa kunjungan mereka. 







 




Read More...

Monday, 15 July 2013

MAKLUMAN KELAS CAKNAAN

Semua Ibu bapa/penjaga,
Pelajar Ting. 3 & 5 ,
SMK. Wakaf Tapai, 
21040 Marang, Terengganu.

Tuan
 
‘ KELAS CAKNAAN’

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Dimaklumkan bahawa pihak sekolah mengadakan program kelas tambahan bagi meningkatkan pencapaian akademik untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.

3                    Kelas tambahan harian tersebut ialah pada ( Ahad , Isnin , Rabu – 2.30 hingga 4.30 ptg ) dan mingguan ( Jumaat dan Sabtu – 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ) diharap dihadiri sepenuhnya demi kejayaan bersama.

4.                   Bagi pelajar yang gagal hadir ke kelas tambahan hendaklah mengemukakan surat yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga.

5.                   Namun begitu, jika terdapat pelajar yang gagal menghadirkan diri ke Kelas Tambahan tanpa surat daripada ibu bapa pelajar tersebut dikehendaki mengikuti ‘Kelas Caknaan’.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ Guru Penyayang Murid Berkualiti ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( MOHD NASIR BIN MOHD YUSUF )
Pengetua.

s.k           1.PPD Marang
2. YDP PIBG SMK. Wakaf Tapai

Read More...

Tuesday, 9 July 2013


SELAMAT BERPUASA 


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam warga SMK Wakaf Tapai & semua umat Islam diseluruh Malaysia. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amalan & ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. 

Berikut adalah 10 persediaan kita bagi mengimarahkan kehadiran Ramadhan.

1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)


Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.


2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.


3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.


4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah


5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]


6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.


7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]


8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.


9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.


10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.


Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011