BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday, 15 August 2013

PROGRAM PONTENG SIFAR

Program  penghargaan kelas Kehadiran Terbaik ke sekolah (Feb – Jun) merupakan program yang disusun khas dalam usaha pihak sekolah menggalakkan para pelajar hadir ke sekolah sepenuhnya. Program ini merupakan satu daripada projek Ponteng Sifar Unit HEM pada tahun ini.
            Kelas kehadiran terbaik mula diambil kira daripada bulan Februari sempena pelancaran bulan ‘Guru Penyayang’ atau pengisiannya program ini ialah pemberian sijil kehadiran penuh, sijil kelas kehadiran terbaik dan jamuan bersama pengetua.

Objektif
1.  Menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
2.  Memberi pengiktirafan kelas, pelajar oleh guru dalam usaha menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
3. Menanam rasa tanggungjawab untuk menggalakkan rakan hadir ke sekolah

Matlamat
Di akhir program ini nanti, amat diharap agar semua kelas berusaha untuk meningkatkan kehadiran terbaik bagi kelas mereka dan menjadi contoh kepada kelas-kelas lain untuk terus hadir ke sekolah sepenunhnya.

Sasaran
Semua pelajar SMK Wakaf Tapai

Metodologi
Penyampaian sijil kepada guru dan ketua kelas di perhimpunan rasmi.
Guru dan pelajar kelas kehadiran terbaik akan diberi penghargaan, jamuan sarapan pagi bersama pengetua dan pengurusan sekolah.

Pelaksanaan
2 tahun sekali
Sesi I : Februari – Jun
Sesi II : Julai – Oktober

Penganjur
Badan disiplin & Unit UBK di bawah Unit HEM SMK Wakaf Tapai




Salah seorang pelajar lelaki yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Salah seorang pelajar perempuan yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Kelas 2A menjadi kelas terbaik bagi kehadiran penuh bulan Jan-Mei 2013

No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011