BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Monday, 27 May 2013

PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

TARIKH: 21.5.2013
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR, SMK WAKAF TAPAI
ANJURAN : PETRONAS












Read More...
SAMBUTAN HARI GURU 2013



Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan. Setiap tahun, sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya. Untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda.

MATLAMAT SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan Hari Guru adalah bagi memperingati jasa dan bakti guru kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Secara khusus matlamat Hari Guru adalah:
*      Membina hubungan yang mesra dan erat di antara guru dan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.
*      Meraikan guru-guru yang telah banyak mencurahkan jasa mereka di dalam mendidik pelajar sehingga berjaya.
*      Memberi peluang kepada pelajar untuk mencurahkan idea dan kreativiti mereka dengan merancang aktiviti yang dapat dipersembahkan kepada guru pada majlis sambutan tersebut.
*      Memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk bekerjasama memastikan kelancaran program sempena sambutan hari guru 2013 peringkat sekolah.
*      Membina hubungan yang mesra dan erat di antara guru dan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.

OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU

Objektif  Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

·  Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
·  Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
·  Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
·  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
·  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
·  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



























 

 


Read More...

Tuesday, 14 May 2013




Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan
Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut

1ASPIRASI
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi

1AGENDA
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Sesungguhnya jasa bakti anda tetap dikenang dan dihargai! Terima Kasih Cikgu…

Read More...

Thursday, 25 April 2013

SENARAI CUTI UMUM BAGI TAHUN 2013


TARIKH CUTI UMUM
 24-01-2013  (Khamis) HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W (PERSEKUTUAN)
 10-02-2013  (Ahad) TAHUN BARU CINA (PERSEKUTUAN DAN NEGERI)
 11-02-2013  (Isnin) TAHUN BARU CINA (PERSEKUTUAN DAN NEGERI)
 04-03-2013  (Isnin) HARI ULANGAN PERTABALAN KEBAWAH D.Y.M.M. SULTAN TERENGGANU (NEGERI)
 26-04-2013  (Jumaat) HARI KEPUTERAAN KEBAWAH D.Y.M.M. SULTAN TERENGGANU (NEGERI)
 01-05-2013  (Rabu) HARI PEKERJA (PERSEKUTUAN)
 05-05-2013 (Ahad) CUTI UMUM (PRU 13)
 24-05-2013  (Jumaat) HARI WESAK (PERSEKUTUAN)
 01-06-2013  (Sabtu) HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (PERSEKUTUAN)
 02-06-2013 (Ahad) HARI KELEPASAN AM NEGERI
 26-07-2013  (Jumaat) HARI NUZUL QURAN (NEGERI)
 08-08-2013 (Khamis) HARI RAYA PUASA (PERSEKUTUAN)
 09-08-2013  (Jumaat) HARI RAYA PUASA (PERSEKUTUAN)
 31-08-2013  (Sabtu) HARI KEBANGSAAN (PERSEKUTUAN)
 01-09-2013  (Ahad) HARI KELEPASAN AM NEGERI
 16-09-2013  (Isnin) HARI MALAYSIA (PERSEKUTUAN)
 15-10-2013  (Selasa) HARI RAYA HAJI (PERSEKUTUAN)
 16-10-2013  (Rabu) HARI RAYA HAJI (PERSEKUTUAN)
 02-11-2013  (Sabtu) HARI DEEPAVALI (PERSEKUTUAN)
 03-11-2013  (Ahad) HARI KELEPASAN AM NEGERI
 05-11-2013  (Selasa) AWAL MUHARAM (PERSEKUTUAN)
 25-12-2013 (Rabu) HARI KRISMAS (PERSEKUTUAN)
Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011