BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Monday, 27 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013



Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan. Setiap tahun, sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya. Untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda.

MATLAMAT SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan Hari Guru adalah bagi memperingati jasa dan bakti guru kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara. Secara khusus matlamat Hari Guru adalah:
*      Membina hubungan yang mesra dan erat di antara guru dan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.
*      Meraikan guru-guru yang telah banyak mencurahkan jasa mereka di dalam mendidik pelajar sehingga berjaya.
*      Memberi peluang kepada pelajar untuk mencurahkan idea dan kreativiti mereka dengan merancang aktiviti yang dapat dipersembahkan kepada guru pada majlis sambutan tersebut.
*      Memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk bekerjasama memastikan kelancaran program sempena sambutan hari guru 2013 peringkat sekolah.
*      Membina hubungan yang mesra dan erat di antara guru dan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.

OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU

Objektif  Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

·  Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
·  Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
·  Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
·  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
·  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
·  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



























 

 


No comments :

Post a Comment

copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011