BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sunday, 10 March 2013

TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/SUMATIF 2013

Ujian & Cuti Penggal
Akhir Ujian
Akhir Key-in
Ujian Pengesanan TOV UPSR/PMR/SPM
30.1.2013
15.2.2013
Cuti Pertengahan Penggal I
22 - 30 Mac 2013
Sumatif 1 (UAT UPSR/PMR/SPM)
14.3.2013
21.3.2013
Sumatif 2 (PPT UPSR)
15.5.2013
12.6.2013
Cuti Pertengahan Tahun
24 Mei - 8 Jun 2013
Sumatif 2 (PPT PMR/SPM)
23.5.2013
20.6.2013
Sumatif 3 (Trial UPSR)
25.7.2013
5.8.2013
Cuti Pertengahan Penggal II
6 - 17 Ogos 2013
Sumatif 3 (Trial PMR)
5.8.2013
30.8.2013
Sumatif 3 (Trial SPM)
12.9.2013
4.10.2013
Peperiksaan Akhir Tahun
8.11.2013
14.11.2013
Cuti Akhir Tahun
15 Nov - 31 Dis 2013
* Tertakluk kepada pindaan


Read More...

Wednesday, 6 March 2013

Majlis Penyerahan Guru ETA

Pada 31 Januari 2013 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan 'English Teaching Assistant' bagi Peringkat Negeri Terengganu di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Seramai 17 daripada 50 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fullbright dari Amerika Syarikat (AS) yang dihantar ke negara ini akan ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ia adalah tahun ketujuh negeri Terengganu mendapatkan khidmat ETA sebagai salah satu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Menurutnya, bagi program kali ini, pihaknya akan menumpukan penempatan di sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah premier dan sekolah elit.


"Program ETA sebenarnya bukan asing bagi kita kerana ia dilaksanakan di sini sejak tahun 2006 lagi.

"Bezanya tahun ini ialah, ia tidak lagi diletakkan di bawah seliaan kerajaan negeri sebaliknya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

ETA adalah program jalinan yang diwujudkan bagi mempromosikan pertukaran pendidikan antara Malaysia dan AS.

Kumpulan 50 guru ETA itu tiba di negara ini pada 4 Januari lalu dan sebahagiannya akan turut ditempatkan di Johor dan Pahang selama 10 bulan mulai 31 Januari.
Menurut Ahmad Razif, berdasarkan pengalaman Terengganu, 100 peratus format dan modul yang pernah digunakan akan terus dikekalkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk menambah bilangan tenaga pengajar menerusi program ETA, tahun ini.

"Kita ada mohon daripada Fullbright untuk tujuan itu tetapi mereka hanya sediakan 50 ETA untuk Malaysia kali ini.

"Justeru, kita kini sedang mengenal pasti negara-negara lain termasuk United Kingdom untuk menambah bilangan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di sini," katanya. - BERNAMA


Guru ETA bagi SMK Wakaf Tapai, Miss Kerri Buschbacher bersama Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf
Miss Kerri bersama mentor Pn. Eimei Zaizah bt Mat Jusoh
Read More...

Thursday, 7 February 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013


HAPPY CHINESE NEW YEAR,
GONG XI FAT CAI
BUAT SEMUA PENDIDIK DAN PELAJAR SMKWT YANG BERBANGSA CINA
Read More...

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN RM 100



Pada 28 September 2012, semasa membentangkan Bajet 2013 YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukkan RM 540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.
SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013 pada:

Tarikh: 23 Januari 2013 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar

Majlis penyampaian ini disampaikan oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar (Pegawai Pembangunan Parlimen Marang).


Sesi pendaftaran para ibu bapa penjaga mengikut kelas masing-masing


YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar (Pegawai Pembangunan Parlimen Marang) menyampaikan ucapan sebelum penyerahan bantuan RM 100


Para ibu bapa penjaga yang hadir




Sesi penyerahan bantuan khas awal persekolahan tahun 2013 mengikut kelas masing-masing

 

Read More...

PROGRAM MAULIDUR RASUL

Pada 22 Januari 2013 (Selasa) SMK Wakaf Tapai telah mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul 1434H bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar. Tema maulidur rasul tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggok Kesatuan Ummah". Sempena program tersebut, beberapa aktiviti telah dirangka oleh jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan iaitu Panitia Pendidikan Islam.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan nasyid, guru-guru dan para pelajar berselawat, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz maulidur rasul, tokoh maulidur rasul dan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Manakala bagi pelajar bukan Islam, mereka telah mengadakan aktiviti di Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai yang diketuai oleh Cikgu Lua Pek Ching.















Read More...

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-9 2013

Kejohanan Merentas Desa merupakan aktiviti tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun. Acara kejohanan merentas desa ini sangat penting bagi mengerakkan aktiviti kokurikulum sekolah yang melibatkan semua murid.
Kejohanan Merentas Des pada tahun 2013 merupakan kejohanan kali ke-9 bagi sekolah SMK Wakaf Tapai.

Tarikh: 17 Januari 2013 (Khamis)
Tempat : SMK Wakaf Tapai
Anjuran : Unit Kokurikulum
















Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011