Pada 28 September 2012,
semasa membentangkan Bajet 2013 YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri
Kewangan Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukkan
RM 540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 kepada murid
Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.
SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013 pada:
Tarikh: 23 Januari 2013 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar
Majlis penyampaian ini disampaikan oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar
(Pegawai Pembangunan Parlimen Marang).
Sesi pendaftaran para ibu bapa penjaga mengikut kelas masing-masing |
YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar
(Pegawai Pembangunan Parlimen Marang) menyampaikan ucapan sebelum penyerahan bantuan RM 100 |
Para ibu bapa penjaga yang hadir |
Sesi penyerahan bantuan khas awal persekolahan tahun 2013 mengikut kelas masing-masing |
No comments :
Post a Comment