BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tuesday, 27 August 2013


TEMA DAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 
TAHUN 2013



Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabilaMalaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahkumenjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.
 


Read More...

Thursday, 15 August 2013

MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA /PENJAGA TINGKATAN 3 & 5 
SMK WAKAF TAPAI TAHUN 2013

TARIKH : 30 JULAI 2013 (SELASA)

MASA   : 11 PAGI – 1.30 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR, SMK WAKAF TAPAI







Read More...
PROGRAM SAYA ANAK TERENGGANU 
"INGAT SEBELUM TERKENA"

TARIKH : 23 JULAI 2013 (SELASA)
MASA : 11.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1
PENCERAMAH : ROSSNANI EMILY JUAING (GURU KAUNSELING SMKA TOK JIRING)

Program ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu dan telah dilancarkan pada tahun 2008. Manakala JPNT telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan di sekolah di Negeri Terengganu.

OBJEKTIF


    1.  Memastikan pelajar mengetahui tahap salah laku remaja pada masa kini

    2.  Melahirkan pelajar yang mempunyai nilai saying diri dan bersikap asetid mengikut keadaan 
    3.  Membentuk pelajar yang mempunyai matlamat dan tujuan dalam usaha mengajar di dunia serta di akhirat.  
    4. Membentuk pelajar yang mempunyai jati diri yang cemerlang dalam usaha membanteras gejala sosial yang semakin meruncing.














 

Read More...
CERAMAH KAEDAH PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

Tarikh: 
22/7/2013

Tempat : 
Dewan Saidina Abu Bakar, SMK Wakaf Tapai

Penceramah : 
Dr. Amin bin Yusof
-Penceramah Bebas-
(Bekas Pensyarah UM)
Tajaan Petronas


Dr. Amin bin Yusof menyampaikan ceramah beliau







Read More...
PROGRAM PONTENG SIFAR

Program  penghargaan kelas Kehadiran Terbaik ke sekolah (Feb – Jun) merupakan program yang disusun khas dalam usaha pihak sekolah menggalakkan para pelajar hadir ke sekolah sepenuhnya. Program ini merupakan satu daripada projek Ponteng Sifar Unit HEM pada tahun ini.
            Kelas kehadiran terbaik mula diambil kira daripada bulan Februari sempena pelancaran bulan ‘Guru Penyayang’ atau pengisiannya program ini ialah pemberian sijil kehadiran penuh, sijil kelas kehadiran terbaik dan jamuan bersama pengetua.

Objektif
1.  Menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
2.  Memberi pengiktirafan kelas, pelajar oleh guru dalam usaha menggalakkan pelajar hadir penuh ke sekolah
3. Menanam rasa tanggungjawab untuk menggalakkan rakan hadir ke sekolah

Matlamat
Di akhir program ini nanti, amat diharap agar semua kelas berusaha untuk meningkatkan kehadiran terbaik bagi kelas mereka dan menjadi contoh kepada kelas-kelas lain untuk terus hadir ke sekolah sepenunhnya.

Sasaran
Semua pelajar SMK Wakaf Tapai

Metodologi
Penyampaian sijil kepada guru dan ketua kelas di perhimpunan rasmi.
Guru dan pelajar kelas kehadiran terbaik akan diberi penghargaan, jamuan sarapan pagi bersama pengetua dan pengurusan sekolah.

Pelaksanaan
2 tahun sekali
Sesi I : Februari – Jun
Sesi II : Julai – Oktober

Penganjur
Badan disiplin & Unit UBK di bawah Unit HEM SMK Wakaf Tapai




Salah seorang pelajar lelaki yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Salah seorang pelajar perempuan yang menerima sijil penghargaan kerana hadir penuh bagi bulan Jan- Mei 2013

Kelas 2A menjadi kelas terbaik bagi kehadiran penuh bulan Jan-Mei 2013

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011