BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tuesday, 12 August 2014

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI (RIMUP) 
SARANA PIBG 2014 


Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri (RIMUP) & Sarana PIBG 2014 telah diadakan pada 10 Ogos 2014 ( Ahad )        bersamaan 14 Syawal 1435H bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar anjuran bersama Jawatankuasa Rimup dan PIBG SMK Wakaf Tapai. Turut hadir Y. B. En. A. Latif bin Awang Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi Teknologi Maklumat (Adun Pengkalan Berangan), para ibu bapa dan masyarakat komuniti yang berdekatan dengan SMK Wakaf Tapai. 
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang turut terlibat menjayakan dan memeriahkan majlis sambutan hari raya pada tahun ini. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.






Read More...

Monday, 4 August 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Kami warga SMK Wakaf Tapai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita akan berjumpa lagi dengan Ramadan & Aidilfitri di tahun hadapan.



Read More...

Monday, 7 July 2014

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU

Pada tanggal 6 Julai 2014 secara rasminya SMK Wakaf Tapai telah menerima seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Mat Zulddin bin Jusoh yang merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Matematik di JPNT. Semoga dengan kehadiran tuan pengetua ke SMKWT memberi nafas baru kepada pelajar SMKWT untuk terus berusaha dan menempah kejayaan demi SMKWT tercinta .







Selamat Bertugas kami ucapkan.

Read More...
Majlis Perpisahan Tuan Pengetua


Pada 3 Julai merupakan hari terakhir Encik Mohd Nasir bin Mohd Yusuf bertugas sebagai Pengetua SMK Wakaf Tapai. Majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Abu Bakar, SMK Wakaf Tapai. Untuk makluman semua, Tuan Pengetua akan bertukar ke sekolah SMK Seri Payong. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, Wan Zamzany bin Wan Pauzi dan diikuti ucapan wakil guru, Encik Mat Jusoh bin Ali.

Seluruh warga dewan kemudiannya diperdengarkan dengan profil dan nostalgia Tuan Pengetua Encik Mohd Nasir bin Mohd Yusuf sepanjang bertugas sebagai pengetua SMKWT. Selepas itu, Tuan Pengetua menyampaikan ucapan terakhir beliau. Tuan Pengetua menzahirkan perasaan sedih beliau kerana terpaksa meninggalkan sekolah yang begitu dekat di hati beliau kerana  beliau telah berkhidmat di sekolah ini sudah 6 tahun. Selepas itu acara penyampaian hadiah dan cenderamata daripada wakil pelajar, wakil staf, wakil guru dan wakil setiap panitia kepada pengetua. Tuan Pengetua juga menyampaikan hadiah beliau kepada sekolah sebagai kenang-kenangan kepada SMK Wakaf Tapai.

Selepas itu, pelajar berbaris panjang untuk bersalam buat kali terakhir dengan Tuan Pengetua dan diikuti dengan guru-guru untuk mengucapkan salam perpisahan buat kali terakhir kepada beliau. 

Majlis Perpisahan itu berakhir dengan lambaian Tuan Pengetua menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah. Kami warga SMKWT mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih di atas tunjuk ajar beliau selama berada di sini. Selamat Maju Jaya kami ucapkan kepada Tuan Pengetua di tempat baru.











Read More...

Sunday, 29 June 2014

SALAM RAMADHAN 1435H / 2014


Assalamualaikum.... Ramadan Al Mubarak datang lagi. Bulan mulia, penghulu segala bulan. Bulan khusus untuk kita, umat muslim dan muslimat. Bulan keampunan yang penuh dengan keberkatan. Bulan dimana segala amalan dan ibadat berlipat ganda dan diberkati. 

Ramadan 1435 hijrah... Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi peluang lagi untuk menikmati bulan yang penuh barokah ini sekali lagi.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kemudahan yang sebaiknya agar kita dapat merebut segala kelebihan dan ganjaran dibulan yang mulia ini...InsyaAllah. Amiin... 
Bulan Ramadan... bulan dimana kita diwajibkan menjalani rukun Islam ke ketiga iaitu berpuasa sebulan Ramadan dan rukun Islam keempat iaitu menunaikan zakat fitrah sebelum kita menyambut kemenangan di bulan Syawal.

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011