BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Thursday, 31 October 2013

MOTIVASI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM 2013

Pada 28hb Oktober 2013 hari Isnin baru-baru ini Guru Bimbingan & Kaunseling, Pn. Wan Aida bt Wan Jusoh telah mengadakan satu taklimat kepada pelajar-pelajar SPM 2013 di Dewan Saidina Abu Bakar sebelum mereka menghadapi peperiksaan yang sebenar pada 6 November 2013.









Read More...

Wednesday, 30 October 2013

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA GURU ETA

Pada 23 Oktober 2013, Rabu SMKWT telah mengadakan satu majlis bagi meraikan penghargaan dan sekaligus Majlis Perpisahan kepada Miss Kerri Bushbacher di atas khidmat beliau selama 10 bulan di SMKWT. Terima kasih kami ucapkan atas di atas khidmat beliau sepanjang di tempatkan di sini. Semoga dapat berjumpa lagi dengan beliau pada masa akan datang.











Read More...

Sunday, 13 October 2013




Bersempena dengan kehadiran 10 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 15 Oktober 2013 yang mulia, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah Qurban kepada warga SMK Wakaf Tapai dan kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434 H.

Read More...

Monday, 30 September 2013

 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013


Assalamualaikum,



Kepada adik-adik yang menjadi calon PMR 2013, pastikan adik-adik merujuk Jadual Peperiksaan PMR 2013 dengan tepat. Patuhi juga amaran yang telah ditetapkan serta janganlah lupa untuk membawa Kad Pengenalan bersama. Itu 'lesen besar' untuk masuk ke Dewan Peperiksaan.


Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini sama-samalah kita berkongsi amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. Read More...
PERUTUSAN PMR 2013 YAB MENTERI BESAR TERENGGANU



Read More...

Thursday, 26 September 2013

Kenyataan Akhbar: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013






 

Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011