Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada guru-guru,
staf-staf, pelajar-pelajar dan PIBG sekolah SMKWT . Tidak lupa juga kepada bekas guru-guru dan
staf SMKWT yang telah berkhidmat di sekolah ini, dengan ucapan Maaf Zahir &
Batin.
Read More...
BERITA TERKINI
TEMA HARI GURU 2016
GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Monday, 13 August 2012
Tuesday, 7 August 2012
KEISTIMEWAAN DOA KETIKA SUJUD

Sewaktu
bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja
di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa
didalamnya.
Sabda Rasulullah SAW :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak
lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok,
kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
والله اعلم
Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran
Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan
dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan
secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.
Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran | Esok merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S.W.T :
“ Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam
Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah
pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada
10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari
Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan
dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf
tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya
al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang
menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata
dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti
seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya
dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya
maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran
tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri
yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan
Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara
yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada
Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan
diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”
-
Kita merupakan umat nabi akhir zaman yang mana kitab al-Quran ini sudah
sedia dibukukan. Berbanding pada zaman rasulullah SAW dahulu. Tiada
sebarang pengumpulan al-Quran pada ketika itu. Tetapi kita yang tinggal
baca al-Quran sahaja pun, masih lagi liat untuk membukanya. Semoga pada
bulan Ramadhan ini, hati kita dibukakan untuk mempunyai azam membaca
al-Quran secara lebih kerap lagi.
Monday, 30 July 2012
SALAM RAMADHAN 1433H
Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup
pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan
Muslim). “Ya Allah, bukakan pintu syurga bagiku dan bukakan pintu syurga
bagi saudaraku yang sudi memaafkan aku… “Mohon maaf Zahir & Batin,
Selamat menunaikan ibadah
puasa.”
Read More...
puasa.”
Read More...
Wednesday, 16 May 2012
SELAMAT HARI GURU 2012
Tema Hari Guru Tahun 2012
Selamat Hari Guru ditujukan khas buat Warga Pendidik SMK Wakaf Tapai dan seluruh guru-guru seluruh Malaysia. Semoga warga pendidik sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan dengan sebaik-baiknya.
Lagu Hari Guru
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binalah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan
Friday, 11 May 2012
LADAP KE KL & LAWATAN PENANDA ARAS KE SM SAINS SERI PUTERI
Baru-baru ini, SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ke Kuala Lumpur dan Lawatan Penanda Aras ke SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2012 sehingga 5 Mei 2012 yang terdiri daripada 40 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Latihan ini adalah anjuran daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Kami menginap di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 kami telah membuat lawatan ke SM Sains Seri Puteri yang juga dikenali sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Di situ, kami diberi taklimat mengenai sekolah beliau dan melawat bilik-bilik khas di sana Pada jam 8.30 malam kami diberi ceramah yang bertajuk "Jatuh Bangun Sebuah Empayar " yang disampaikan oleh Tuan Haji Talaha Bin Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu .
Keesokan harinya 5 Mei 2012, jam 8.30 pagi kami diberi ceramah yang bertajuk " Islam Agama Persekutuan " oleh Ketua Pen. Pengarah, Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu, Ustaz Haji Kamal Bin Abdullah. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kami bertolak pulang pada jam 2.30 petang.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
SALAM AIDILFITRI 2012