BERITA TERKINI
TEMA HARI GURU 2016
GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Sunday, 16 March 2014
Sunday, 19 January 2014
KEJOHANAN MERENTAS DESA
SMK WAKAF TAPAI
KALI KE 10
2014
Tarikh: 16 Januari 2014 (Khamis)
Masa: 8.00 pg- 1.30 ptg
Kejohanan tetap tahunan ini terus diadakan buat kali ke 10 semenjak sekolah dibuka pada tahun 2005. Pelaksanaanya dijangka dapat memberikan pendedahan di samping peluang yang luas kepada semua murid selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif:
1. Memberi peluang terbuka kepada semua murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah
2. Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal murid
3. Memupuk semangat perpaduan antara kaum dan antara murid dan guru
4. Menyaring kumpulan elit sekolah untuk ke kejohanan di peringkat daerah
Para pelajar sedang melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Cg Razali Wahab sebelum acara dimulakan.
Pengetua bersama YDP PIBG (En Zulkurnain bin Hassan)
Monday, 13 January 2014
MAJLIS PERSARAAN GURU PK PENTADBIRAN & GURU BAHASA INGGERIS
Kami
warga SMK Wakaf Tapai mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga buat Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Guru Bahasa Inggeris yang amat kami sayangi. Berat rasanya untuk
melepaskan cikgu bersara tapi apakan daya. Cikgu adalah guru yang
terbaik dan terhebat buat kami. Kenangan bersama cikgu akan dikenang
hingga ke akhir hayat. Jasamu tetap dikenang.
Cikgu Abdul Razak bin Hassan:
a)Tarikh Lahir: 22 Februari 1956
b)Tempat Lahir: Kg. Pasir Besar Gemas, Negeri Sembilan
c)Adik Beradik: Anak ke-2 daripada 6 orang (4 Lelaki & 2 Perempuan)
d)Sek. Ren: SK Pasir Besar
e)Sek. Men: SM Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan
f)Pendidikan Tertinggi:
i) Maktab Perguruan Bahasa (Kuala Lumpur)
ii) Universiti Malaya
g)Tarikh Perkahwinan: 11 April 1984
h)Sekolah-sekolah yang telah berkhidmat:
i) SMK Pasir Besar, Negeri Sembilan (1978-1981)
ii) SMK Bukit Sawa (1988-2005)
iii) SMK Tun Telanai (2006-2007)
iv) SMK Pengkalan Berangan ( 2008-2009)
v) SMK Wakaf Tapai ( 2010-2013)
Cikgu Abd Razak bin Kassim:
a)Tarikh Lahir: 16 Jun 1961
b)Tempat Lahir: Kg. Sg. Belukang, Bagan Datoh, Perak
c)Adik Beradik: Anak sulung daripada 13 orang adik beradik (7 Lelaki & 6 Perempuan)
d)Sek. Ren: SK Selekoh, Bagan Datoh, Perak
e)Sek. Men: SM Micheal Institution Ipoh
f)Pendidikan Tertinggi:
i) Tamat Sijil Perguruan Sultan Abd Halim
ii) Maktab Perguruan Sultan Abd Halim, Sg Petani
iii) Ijazah Pendidikan UPM 2000
g)Tarikh Perkahwinan: 19 Mei 1991
h)Sekolah-sekolah yang telah berkhidmat:
i) SK Felda Rasau Kerteh II,Kemaman (1984-1995)
ii) SK Jerong (1995-2001)
iii) SMK Bukit Sawa (2002-2010)
Sunday, 12 January 2014
SALAM MAULIDUR RASUL 1435H / 2014
Salam
Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam walau dimana anda berada.
Semuga kita semua dapat menghayati perjuangan serta menjadikan
Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik dalam memperbaiki diri ke arah
yang lebih baik.....InsyaAllah.
Sama-samalah kita terus mengamalkan sunnah baginda dan terus menyayangi Rasulullah S.A.W.
Monday, 30 December 2013
SELAMAT TAHUN BARU
2014
Masa Lalu Adalah Sejarah, Hari Ini Adalah Goresan, Hari Esok Adalah
Harapan.Selamat Datang Tahun 2014 Seiring Perginya Kenangan, Menyambut
Harapan.
Wednesday, 11 December 2013
Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013. Read More...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)






























.jpg)