BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday, 14 November 2012

SELAMAT BERCUTI

 
 
Sessi persekolahan 2012 telah pun menutup tirainya. Cuti sekolah kini tiba lagi! 
Warga SMKWT mengucapkan
 SELAMAT BERCUTI PANJANG 

kepada semua warga pendidik dan anak didik di SMKWT
dan juga di seluruh Malaysia!
Kepada pelajar-pelajar SMKWT yang dikasihi,
  diharap dapat mengisi cuti sekolah kali ini dengan aktiviti-aktiviti yang
  berfaedah dan kepada pelajar SPM semoga berjaya dalam peperiksaan.
Jaga diri, jaga keselamatan.
 Semoga semuanya selamat kembali ke sekolah pada tahun hadapan 2013.


Kepada guru-guru dan staf, selamat bercuti kepada yang bercuti.
Bergembiralah bersama keluarga anda. Kepada yang bertugas, ikhlaskan hati, besarkan jiwa.
 Semoga usaha murni anda akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua.
 InsyaAllah:)
Read More...

Salam Maal Hijrah 1434/ 1 Muharram


Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
  
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sahabat yang dimuliakan, 
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah.

Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam




Sentiasa pegang dalam diri dan hati kita, bukan mudah untuk mencari yang berkah. Harus diteliti sentiasa setiap tindakan moga Allah SWT tidak menjadikan kita dalam golongan yang menentukan nasibnya sendiri. Sesungguhnya kita tidak mampu untuk berjalan di bumi tanpa taufiq dan hidayah dariNya. Bersabarlah dalam mencari barokah. Kerana redha Allah itu tersangat indah. Ingatlah! setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Wallahua'lam..


Read More...

Wednesday, 24 October 2012

SALAM AIDILADHA 1433 HIJRAH


  Salam Aidil Adha dari warga SMKWT .

"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak"...

"Hambamu datang menyahut panggilanmu. Tidak ada sekutu bagimu. Hambamu datang menyahut panggilanmu....Sesungguhnya segala pujian dan nikmat...Dan pemerintahan adalah kepunyaamu...Tidak ada sekutu bagimu.

26hb Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah, kita menyambut Hari Raya Korban atau Aidil Adha. Di kesempatan ini kami ingin memohon ampon dan maaf, pada mereka yang mengerjakan haji, moga anda mendapat haji mabrur, aminn. Pada yang pulang ke kampung atau kemana2 sahaja, berhati2 di jalan raya...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Read More...

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini.


  Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

 Sabda Rasullullah S.A.W lagi:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Read More...

Sunday, 21 October 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU & STAF SMK WAKAF TAPAI 2012



18 Oktober 2011, Khamis : Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SMK Wakaf Tapai telah diadakan di Hotel Primula Beach Resort, Khamis jam 2.00 - 5.00 petang. Jamuan pada kali ini sungguh istimewa kerana turut dihadiri oleh pihak yang dirai iaitu Pn. Jahsilawati Mad Ali, Guru Kaunselor  yang bertukar ke sekolah SMK Pengkalan Berangan, Pn. Rozanahaida Suhaini Bt Muda, Guru Penolong yang bertukar ke SMK Seberang Marang dan Pn Siti Yuliza bt Md Ali, Pembantu Makmal yang bertukar ke SMK Tun Telanai.

Cik Sh. Ernie Zulastinie bt Syed Md. Nor menjaga bahagian pendaftaran dan sekaligus menyambut kedatangan semua guru dan para tetamu yang dirai.
 Majlis dipengerusikan oleh Pn. Azizah bt Ismail. 


1. Majlis dimulakan dengan ucapan  Pengerusi KEKWA 2012, Tn. Syed Safwan Faisal bin Syed Md Nor.

2. Pn. Siti Yuliza bt Mad Ali wakil pihak yang dirai menyampaikan sepatah dua kata.

3. Ucapan daripada Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf.

4. Ustaz Aseri bin Embong mengetuai bacaan doa sebelum makan. 


Guru-guru dan staf SMK Wakaf Tapai







Semasa acara makan bermula









 
Cenderamata kepada Pn. Jahsilawati bt Md Ali, Pn. Rozanahaida Suhaini bt Muda dan Pn. Siti Yuliza bt Md Ali .

Penyampaian cenderamata daripada KEKWA kepada guru-guru dan staf-staf SMKWT.




Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011