Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Solat Hajat Perdana PMR & SPM pada 4 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Surau SMK Wakaf Tapai. Majlis ini diadakan sempena musim peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November tahun ini.
Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis, En. Mohamed Roki bin Abdullah sebelum solat maghrib dengan bacaan doa. Pada jam 7.05 malam para pelajar dan para hadirin menunaikan solat maghrib secara
berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab bin Ahmad,Imam Masjid Kg Rawai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat
hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat
maghrib. Program disambung dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga
kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi hadir.
Syabas kami ucapkan kepada pihak sekolah yang telah berjaya menguruskan
perjalanan majlis ini dengan sungguh baik sekali. Besarlah harapan kami,
agar majlis seumpama ini dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang.
Read More...
BERITA TERKINI
TEMA HARI GURU 2016
GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Wednesday, 10 October 2012
MAJLIS HARI GRADUASI TAHUN 2012
Buat julung kalinya SMK Wakaf Tapai mengadakan Majlis Sambutan Hari Graduasi SPM tahun 2012. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, khususnya kepada mereka yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Selain itu, ia turut diadakan bagi memberi motivasi kepada para pelajar yang cemerlang untuk terus bersemangat dan berusaha mengejar kecemerlangan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan pada:
Tarikh: 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT
Read More...
Tarikh: 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
Masa: 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT
![]() |
| Perarakan masuk penerima anugerah graduasi SPM 2012 ke dalam Dewan |
![]() |
| Perarakan masuk guru-guru SMK Wakaf Tapai ke dalam Dewan |
![]() | |||
| Dari kiri Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai (Encik Mohd Nasir bin Mohd Yusuf), Wakil PPD Marang (Encik Rosdi bin Hashim), Penolong Kanan Pentadbiran (Encik Abdul Razak bin Hassan) |
![]() |
| Barisan penerima graduasi SPM dan para hadirin yang hadir |
![]() | |
| Penerima anugerah mata pelajaran terbaik |
1) Tan Jin Chien - Penerima anugerah terbaik Bahasa Inggeris, Kimia, Biologi, Bahasa Cina dan Pendidikan Moral
2) Noraini bt Budin - Penerima anugerah terbaik Bahasa Malaysia dan Sejarah
3) Lee Sheng Chuan - Penerima anugerah terbaik Matematik dan Matematik Tambahan
4) Tan Kok Hwa - Penerima anugerah terbaik Prinsip Akaun dan Fizik
5) Mohamad Firdaus bin Ramli -Penerima anugerah terbaik Perdagangan dan MPV
6) Mohamad Nazrol Hisyam bin Abdullah - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Seni Visual
7) Nur Asyikin bt Saat - Penerima anugerah terbaik Pendidikan Agama Islam
8) Nan Afiza bt Megat Baba - Penerima anugerah terbaik Sains dan Ekonomi Asas
![]() | ||
| Mohamad Hasbul Faizal bin Yahya (Penerima anugerah Ko-kurikulum Lelaki) |
![]() |
| Nur Ain bt Mohd (Penerima anugerah Ko-kurikulum Perempuan) |
![]() |
| Nurul Shadhira bt Mohamad Zukiram (Penerima Anugerah Khas Pengetua) |
![]() |
| Perarakan keluar Tuan Pengetua dan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Marang |
Read More...
Wednesday, 26 September 2012
KARNIVAL 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH
Pada 25 September 2012, Selasa SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Sekolah semasa waktu kokurikulum petang. Karnival kali ini melibatkan empat permainan iaitu Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Badminton.

Permainan Bola Tampar
Read More...

Permainan Futsal
Permainan Bola Tampar
Read More...
Wednesday, 12 September 2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012
Pada 11 September 2012, Selasa SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan di kalangan pelajar, guru, staf dan para jemputan yang hadir.
Read More...
Read More...
Thursday, 6 September 2012
PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)
Badan Dakwah Sekolah (BADAR) telah menganjurkan satu program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) pada 14 Ogos 2012 (Selasa), bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar pada jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang. Pihak sekolah telah menjemput Penceramah dari Rumah Perlindungan Raudhatul Sakinah untuk memberi ceramah tersebut. Sasaran pihak sekolah adalah semua pelajar Islam.
Selain itu juga, pihak sekolah menjemput 10 orang pelajar dari sekolah lain antaranya SMK Seri Payong, SMKA Durian Guling, SMK Pengkalan Berangan, SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai.
Objektif Program ini:
Read More...
Selain itu juga, pihak sekolah menjemput 10 orang pelajar dari sekolah lain antaranya SMK Seri Payong, SMKA Durian Guling, SMK Pengkalan Berangan, SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai.
Objektif Program ini:
1 Mendidik pelajar menginsafi dan
menyayangi diri sendiri.
2 Memberi kesedaran tentang bahaya zina
dan pergaulan bebas.
3 Menjana kecemerlangan diri melalui
sahsiah terpuji.
Motto:
“SAYANGI
DIRI , SAYANGI MASA DEPAN”
Di akhir program, penceramah berharap semoga
program ini dapat menjana minda pelajar untuk memahami erti hidup ini amnya sebagai remaja yang menyayangi
diri dan khususnya sebagai seorang hamba Allah swt yang bertaqwa. Sahsiah yang
cemerlang disinari Taqwa akan
menjanjikan kejayaan cemerlang dari segi akademik. InsyaAllah.
Wednesday, 5 September 2012
KEMPEN JALUR GEMILANG DAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Pada 30 Ogos 2012, Khamis lalu SMK Wakaf Tapai telah mengadakan "Kempen Jalur Gemilang Dan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan" bertempat di Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai. Majlis berlangsung pada jam 7.30 pagi (perhimpunan khas).
Objektif :
1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
4. Mewujudkan kerjasama warga sekolah melalui aktiviti bersama.
Read More...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012




























.jpg)
