BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tuesday, 28 August 2012

PROGRAM SETEGUH TEKAD SESUCI KASIH PROJEK SPM / PMR


SETEGUH TEKAD SESUCI KASIH adalah program untuk menyemarakkan lagi semangat belajar di kalangan para pelajar melalui semangat, keazaman, pengiktirafan dan kasih sayang. Bersama menyahut saranan konsep sekolah penyayang, program ini amat diharapkan dapat membajai  nilai keyakinan diri yang tinggi di jiwa pelajar sekaligus membina pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui kasih sayang. 

OBJEKTIF
1. Membina keyakinan diri pelajar melalui anugerah dan pengiktirafan.
2. Membentuk sahsiah terpuji.
3. Meningkatkan prestasi pencapaian SPM 

BUTIRAN PROGRAM
TARIKH : 5HB OGOS 2012 (AHAD)
MASA   : PERHIMPUNAN PAGI
TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG. 

Penyampaian Sijil kepada pelajar cemerlang Tingkatan 1 hingga 5 




















 Penyerahan Mentor Mentee oleh Tuan Pengetua











Pengetua dan pengurusan bergambar dengan 10 pelajar terbaik setiap tingkatan








Read More...

Monday, 13 August 2012

SALAM AIDILFITRI 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada guru-guru, staf-staf, pelajar-pelajar dan PIBG sekolah SMKWT  . Tidak lupa juga kepada bekas guru-guru dan staf SMKWT yang telah berkhidmat di sekolah ini, dengan ucapan Maaf Zahir & Batin.
Read More...

Tuesday, 7 August 2012

KEISTIMEWAAN DOA KETIKA SUJUD


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah SAW :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

والله اعلم
Read More...

Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran

Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.

 Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran | Esok merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT  seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk  dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah S.W.T :
“  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”

 - Kita merupakan umat nabi akhir zaman yang mana kitab al-Quran ini sudah sedia dibukukan. Berbanding pada zaman rasulullah SAW dahulu. Tiada sebarang pengumpulan al-Quran pada ketika itu. Tetapi kita  yang tinggal baca al-Quran sahaja pun, masih lagi liat untuk membukanya. Semoga pada bulan Ramadhan ini, hati kita dibukakan untuk mempunyai azam membaca al-Quran secara lebih kerap lagi.
Read More...

Monday, 30 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433H


Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim). “Ya Allah, bukakan pintu syurga bagiku dan bukakan pintu syurga bagi saudaraku yang sudi memaafkan aku… “Mohon maaf Zahir & Batin, Selamat menunaikan ibadah
puasa.”



Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011