BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Friday, 11 May 2012

LADAP KE KL & LAWATAN PENANDA ARAS KE SM SAINS SERI PUTERI

Baru-baru ini, SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ke Kuala Lumpur dan Lawatan Penanda Aras ke SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2012 sehingga 5 Mei 2012 yang terdiri daripada 40 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Latihan ini adalah anjuran daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Kami menginap di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 kami telah membuat lawatan ke SM Sains Seri Puteri yang juga dikenali sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Di situ, kami diberi taklimat mengenai sekolah beliau dan melawat bilik-bilik khas di sana  Pada jam 8.30 malam kami diberi ceramah yang bertajuk "Jatuh Bangun Sebuah Empayar " yang disampaikan oleh Tuan Haji Talaha Bin Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu
Keesokan harinya 5 Mei 2012, jam 8.30 pagi kami diberi ceramah yang bertajuk " Islam Agama Persekutuan " oleh Ketua Pen. Pengarah, Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu, Ustaz Haji Kamal Bin Abdullah. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kami bertolak pulang pada jam 2.30 petang.
Read More...

Thursday, 3 May 2012

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM SMK WAKAF TAPAI TAHUN 2012

Matlamat program ini adalah ke arah memupuk pelajar supaya mempunyai sikap dan nilai-nilai murni, bantu-membantu, bekerjasama dan saling hormat–menghormati serta hidup dalam keadaan bersih dan seterusnya menghargai alam sekitar.Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 5 April - 7 April 2012, bertempat di Pusat Kokurikulum JPNT, Cawangan Pulau Redang, Setiu, Terengganu.
Program ini disertai seramai 70 orang pelajar dan 40 orang guru. Antara badan beruniform yang menyertainya ialah Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam. 


Read More...

Wednesday, 2 May 2012

Minggu Sains dan Matematik


Bidang Sains dan Matematik telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah pada 17 April 2012- 24 April 2012 baru-baru ini.  Perasmian disempurnakan oleh Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusuf, Pengetua SMKWT pada waktu perhimpunan sekolah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada minggu tersebut yang melibatkan pelajar menengah atas dan menengah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perasmian Taman Sumber Sains, Sudut Minuman Herba dan Radio Sekolah, Kursus Penyediaan Roket, Pertandingan Penyediaan Roket, Eksperimen Handset Oh Handset, Eksperimen Coca Cola vs Mountain Dew, Program Kitar Semula, Pertunjukan Sains (Belon oh belon, Pertandingan Parachut, Pembentangan Model Pepejal 3D, Pembedahan Katak, Pertandingan Mengupas Bawang), Eksperimen Konsep Tekanan, Lawatan Bermaklumat ke UMT dan Planetarium dan Deklamasi Puisi Sains.

Objektif program ini ialah:


1   Memberi pendedahan tentang teknologi pelancaran roket.
2   Membina kemahiran rekacipta berdasarkan prinsip Sains.
3   Memupuk minat yang mendalam  terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
4   Membentuk pelajar yang mempunyai daya usaha dan inovasi tinggi.
 
Tahniah kepada Jawatankuasa Minggu Sains dan Matematik kerana berjaya menganjurkan program
berkualiti dan berkesan kepada para pelajar.  Teruskan uasaha murni ini pada tahun hadapan. 





 















Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011