BERITA TERKINI

PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11/1/2015

TEMA HARI GURU 2016

GURU:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sunday, 22 April 2012

PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM SMK WAKAF TAPAI TAHUN 2012


Matlamat program ini adalah ke arah memupuk pelajar supaya mempunyai sikap dan nilai-nilai murni, bantu-membantu, bekerjasama dan saling hormat–menghormati serta hidup dalam keadaan bersih dan seterusnya menghargai alam sekitar.Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 5 April - 7 April 2012, bertempat di Pusat Kokurikulum JPNT, Cawangan Pulau Redang, Setiu, Terengganu.

Program ini disertai seramai 70 orang pelajar dan 40 orang guru. Antara badan beruniform yang menyertainya ialah Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam. 




















Read More...

Sunday, 18 March 2012

TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/OTI MENENGAH 2012


TAKWIM UJIAN PENGESANAN TOV/OTIMENENGAH 2012
Ujian & Cuti Penggal
Mula
Akhir
Hari
Tingkatan
Ujian Pengesanan TOV PMR
29.01.2012
02.02.2012
5
3
Ujian Pengesanan TOV SPM
29.01.2012
15.02.2012
13
5
Ujian Pengesanan TOV STPM
01.02.2012
15.02.2012
10
6 Atas
Cuti Pertengahan Penggal I
09.03.2012
17.03.2012
9

Ujian OTI 1 (PMR)
01.04.2012
05.04.2012
5
3
Ujian OTI 1 Tg 1 & Tg 2
17.05.2012
24.05.2012
6
1 dan 2
Ujian OTI 1 SPM - Pertengahan Tahun
8.05.2012
24.05.2012
13
5
Ujian OTI 1 Tg 4 - Pertengahan Tahun
8.05.2012
24.05.2012
13
4
Ujian OTI 1 STPM - Pertengahan Tahun
13.05.2012
24.05.2012
10
6 Atas
Ujian OTI 2 (PMR) - Pertengahan Tahun
20.05.2012
24.05.2012
5
3
Cuti Pertengahan Tahun
25.05.2012
09.06.2012
16

Ujian OTI 3 (Trial PMR)
29.07.2012
2.08.2012
5
3
Ujian OTI 2 (Trial SPM)
28.08.2012
13.09.2012
13
5
Ujian OTI 2 (Trial STPM)
02.09.2012
13.09.2012
10
6 Atas
Cuti Pertengahan Penggal II
17.08.2012
25.09.2012
9

Ujian OTI 4 (Tambah Nilai PMR)
11.09.2012
13.09.2012
3
3
Ujian OTI 2 Tg 4 (Akhir Tahun)
09.10.2012
25.10.2012
13
4
Ujian OTI 2 Tg 1 & Tg 2 (Akhir Tahun)
18.10.2012
25.10.2012
6
1 dan 2
Ujian OTI 2 Tg 6B - Peperiksaan Akhir Tahun
14.10.2012
25.10.2012
10
6 Rendah
Cuti Akhir Tahun
09.11.2012
31.12.2012
53


Read More...

Thursday, 12 January 2012

Pembahagian Buku Teks

Selesai sahaja majlis taklimat orientasi pelajar tingkatan 1, semua pelajar beratur ke bilik SPBT (BOSS) untuk pembahagian buku teks.











Read More...

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2012

Program Orientasi pelajar Tingkatan 1 merupakan program tahunan setiap kemasukan pelajar baru ke sekolah baru yang mereka masuki. Bagi pelajar yang baru tamat alam sekolah rendah akan menghadapi alam baru yang lebih mencabar pasti memerlukan bimbingan dan panduan serta pendedahan awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan hala tuju mereka lebih jelas dalam mengejar cita-cita sebagai pelajar cemerlang.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 SMK Wakaf Tapai telah diadakan selama 3 hari berturut-turut yang bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar bermula pada 3 Januari 2012 sehingga 5 Januari 2012.




Guru Bimbingan & Kaunseling, Pn. Suraya Bt Ramli memberi sedekit ucapan sebelum taklimat orientasi pelajar dimulakan.


Taklimat Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan oleh Guru Media & Perpustakaan, Pn. Nur Eimei Zaizah Bt Mat Jusoh.
Taklimat oleh GKMP Bahasa, Pn. Nooraini Bt Baba

Pn. Rozita Bt Abdullah menyampaikan taklimat berkenaan borang biasiswa pelajar.


Sesi Taklimat GKMP Sains & Matematik yang disampaikan oleh Pn. Siti Zabedah Bt Mat Nor.


Semasa sesi taklimat bersama Guru Bimbingan & Kaunseling, Pn. Suraya Bt Ramli.




Perasmian Penutup Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bagi Tahun 2012, dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir Bin Mohd Yusuf pada 5 Januari 2012, Khamis di Dewan Saidina Abu Bakar.











Read More...

Monday, 9 January 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2012

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 bagi Tahun 2012 ke SMK Wakaf Tapai. Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 2012 telah diadakan pada 1 Januari 2012 (Ahad) bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar. Seramai 106 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut.


PK Kokurikulum, En. Abd. Rahim Bin Abd. Rahman  telah memberi sedikit penerangan tentang perjalanan pelajar di SMKWT. 


Read More...
copyright @ smkwtapai.blogspot.com 2011